JDT & Selangor Sama Handal
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC kini terus memberikan cabaran terhebat bagi musim 2026-27.

JDT kendalian Xisco Munoz masih segar dengan kemenangan ke atas Brunei DPMM bagi saingan Liga Super dengan keputusan 3-0 di laman sendiri.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan selepas empat perlawanan liga setakat ini.

Juara bertahan Liga Super itu membuka tirai saingan menentang Kuching City dan berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 sebelum tampil membelasah Kelantan RW 9-0.

Perlawanan ketiga menyaksikan JDT terus mengekalkan rentak kemenangan menerusi kemenangan besar 7-0 ke atas Star City FC.

Sementara itu, Selangor turut merekodkan kemenangan bersih 100 peratus selepas tiga perlawanan- menang 4-1 ke atas Kelantan RW sebelum menewaskan Terengganu, 3-0 di Gong Badak.

Anak buah Kim Pan-gon sekali lagi menepati ramalan apabila menang ke atas Melaka FC dengan keputusan 3-2 untuk mengekori rapat kedudukan JDT dalam liga.

Aksi Liga Super seterusnya menyaksikan JDT bakal melayan tentangan Negeri Sembilan FC pada Jumaat, 11 September manakala Selangor bakal ke Cheras bertemu Kuala Lumpur City FC pada Ahad, 13 September jam 8.15 malam.