Advertising
JDT & Selangor Terpisah 103 Tangga Di Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor terpisah 103 tangga di Asia.

Dua wakil Malaysia bagi kejohanan utama Asia ini masing-masing terus mencatatkan kemajuan untuk menembusi kelompok kelab terbaik di rantau ini.

Ad

Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang meneruskan persaingan di pentas Asia selepas merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Central Coast Mariners.

Ad

JDT kini selangkah untuk mara ke pusingan kalah mati dan bakal menentang Pohang Steelers bagi aksi terakhir kumpulan pada 18 Februari 2025 di Stadium Sultan Ibrahim.

Berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst iaitu laman bola sepak yang mengumpulkan data lebih 13,500 kelab di dunia, JDT kini menduduki tangga ke sembilan di Asia dengan 79.4 mata (239 dunia).

Ad

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC pula cemerlang mendaki ke tangga 112 di Asia dengan 69.3 mata (1169 dunia).

Ad

JDT kini dalam misi untuk melangkah ke pusingan kalah mati pentas AFC Champions League Elite (ACLE) sementara Selangor kini bakal berjuang di pentas MFL Challenge Cup.

Ad

Skuad Harimau Selatan kekal penyumbang terbesar mata AFC MA Ranking Malaysia apabila menyumbang 14.000 mata sementara Selangor dengan 8.667 mata di ACL2.

Persembahan cemerlang JDT telah membantu Malaysia untuk melonjak ke tangga keenam Asia Timur dengan 35.861 mata dan menghampiri Australia di tangga kelima dengan 35.957 mata.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments