Advertisement
JDT Tempuhi Ujian Ketiga ACLE Di Korea
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Korea bagi aksi ketiga AFC Champions League Elite (ACLE).

Skuad kendalian Hector Bidoglio membawa momentum cemerlang apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan musim 2024/25.

Prestasi cemerlang juga membantu pasukan Harimau Selatan yang juga masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala FA 2024.

Kempen JDT dalam saingan Asia musim ini terus menjadi bualan hangat selepas mengekalkan rekod bersih termasuklah ketika menewaskan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT kini sudah pun berangkat ke Korea Selatan bagi berdepan Gwangju yang kini mendahului carta kumpulan ACLE hasil dua kemenangan berdepan Yokohama F. Marinos dan juga Kawasaki Frontale.

Gwangju kini dikendalikan oleh Lee Jung-hyo menghuni tangga ke-7 K1 League namun tewas dua perlawanan terakhir liga musim ini.

JDT pula berehat panjang daripada saingan kompetitif namun mencatatkan kemenangan besar 8-0 berdepan kelab Singapura, Balestier Khalsa.

Persembahan konsisten tonggak utama seperti Arif Aiman, Juan Muniz, Matthew Davies dan lain-lain membantu persiapan pasukan berdepan jaguh Korea itu.

Aksi antara Gwangju dan JDT bakal berlangsung pada 22 Oktober di Stadium Yongin Mireu jam 6 petang.