Advertisements
JDT Terima Semula Khidmat Ayam Tambatan Menjelang Saingan Asia
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Umum mengetahui bahawa tiga pasukan dari Liga Super akan membawa nama Malaysia ke pentas Asia. Tiga pasukan itu adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC, Terengganu FC dan Sabah FC yang mana kedua-duanya bersaing di Piala AFC.

JDT sebelum ini telah diuji dengan masalah kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama mereka seperti Diogo Luis Santo, Fernando Forestieri dan Leandro Velazquez.

Walaupun JDT dibarisi pemain yang berstatus bintang, namun untuk beraksi di peringkat tertinggi seperti ACL sudah tentu squad depth yang baik sangat diperlukan bagi memberi saingan kepada gergasi-gergasi Asia yang lain seperti Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Terkini, JDT dijangka bakal dapat menggunakan semula khidmat Diogo Luis Santo yang dilihat sudah kembali ke padang latihan. Diogo yang berusia 36 tahun setakat ini cemerlang bersama JDT dengan sudah meledak 7 gol dalam 11 perlawanan bersama JDT.

Dengan kembalinya Diogo ke padang latihan JDT, persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama di posisi penyerang sudah tentu menjadi rebutan antara tiga pemain dari Brazil iaitu Bergson da Silva, Heberty dan Diogo.

JDT bakal memulakan saingan ACL dengan aksi bertemu gergasi Jepun, Kawasaki Frontale pada 19 September ini di mana perlawanan akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim. Selepas itu, JDT bakal terbang ke Thailand untuk aksi kedua ACL bertemu, BG Pathum United pada 3 Oktober.