Pra-Musim 2024: JDT Terus Berbisa Di Sepanyol, Tewaskan La Nucía
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan bisa di Sepanyol apabila mencatatkan satu lagi kemenangan berdepan kelab divisyen 4 Sepanyol, CF La Nucía.

Pasukan bimbingan Hector Bidoglio berada dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran kelab divisyen tiga, Real Murcia dengan keputusan 3-0.

Perlawanan bermula baik selepas beberapa pemain dalam kesebelasan utama tempoh hari ditukar dengan memberi ruang kepada pemain lain.

Advertisements

Aksi babak pertama berlangsung baik menerusi beberapa gerakan penting namun tuan rumah memeperoleh gol pembukaan menerusi ledakan Cristian Martinez pada minit ke-8.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun tidak menunggu lama apabila meledak dua gol pantas menerusi pertahanan kiri, Oscar Arribas dan penyerang baharu pasukan, Nicolao Dimitru masing-masing pada minit ke-26 dan 37.

45 minit pertama berkesudahan dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan menggandakan usaha untuk mencari jaringan nagi menjadikan kedudukan lebih selesa.

Kecemerlangan jentera serangan itu diteruskan memasuki baki 15 minit terakhir permainan apabila pemain kelahiran Sepanyol-Filipina itu menjaringkan gol ketiga pasukan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak kepada tuan rumah yang tidak mampu menandingi kekuatan JDT.

Advertisements

Aksi kedua pra-musim JDT di sepanyol tamat dengan kemenangan 3-1 memihak pasukan pelawat.

Satu lagi pasukan Divisyen 5, UD Castellonense menanti JDT bagi satu aksi persahabatan pada 22 April 2024 di Stadium Olimpik Camilo Cano.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram