JDT Tewas Berdepan Wakil Indonesia, Bintang Timur Surabaya
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Skuad JDT Futsal terpaksa akur tunduk di tangan gergasi futsal Indonesia, Bintang Timur Surabaya dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Skuad Harimau Selatan sebelum ini dilaporkan terbang ke Surabaya, Indonesia bagi melakukan persiapan rapi menjelang baki saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2024.

Perlawanan yang dilangsungkan secara tertutup pada Sabtu lalu itu menyaksikan Bintang Timur Surabaya bermula garang apabila mendahului 2-0 menerusi Marcus Gava pada minit keenam dan Dieguinho seminit kemudian.

Advertisements

Tiga gol pantas dalam masa dua minit terhasil dalam aksi ini apabila gol Bintang Timur Surabaya dijaringkan oleh Rick pada minit ke-16, begitu juga dengan jaringan JDT oleh Helio Neto.

Manakala Awalluddin Mat Nawi menyumbang gol kedua JDT seminit kemudian untuk mengakhiri aksi separuh masa pertama dengan keputusan 3-2 memihak Bintang Timur Surabaya.

Advertisements

Bersambung babak kedua, anak didik Juan Miguel memperkemas permainan mereka dan berhasil menyumbat gol penyamaan sekali lagi hasil penyudah Awalluddin Mat Nawi pada minit ke-30.

Dua minit sebelum aksi berakhir, Samuel menjadi wira Bintang Timur Surabaya dengan gol keempat yang juga jaringan kemenangan untuk menamatkan aksi dengan keputusan 4-3 memihak tuan rumah.

Advertisements

JDT berada di negara jiran, Indonesia bagi mengikuti sesi latihan istimewa memandangkan saingan MPFL sedang berehat sebelum turun berdepan Sabah dalam liga pada 18 Mei.

Bintang Timur Surabaya pula akan terbang ke Kuantan, Pahang bagi menyertai kejohanan jemputan yang disertai dua pasukan Malaysia, Pahang Rangers dan Sabah selain wakil Vietnam, Thai Son Bac bermula 2 Mei hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram