JDT Uji Kelab Singapura, Balestier Khalsa
Persahabatan
MakanBola
JST/Balestier Khalsa FC
Advertisements

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal berentap dengan pasukan Singapore Premier League (SPL), Balestier Khalsa.

Pengumuman aksi persahabatan kelab antarabangsa ini dibuat pengurusan Harimau Selatan di platform Johor Southern Tigers.

Advertisements

Aksi persahabatan JDT dan Hala Tigers bakal diadakan pada 14 Oktober ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beraksi dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa bertemu kelab Singapura, Balestier Khalsa pada 14 Oktober 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

“Perlawanan dibuka kepada penyokong dan kemasukan adalah percuma. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama Harimau Selatan menjadi pilihan pasukan luar sebagai lawan untuk aksi persahabatan. Sebelum ini, JDT menjadi pilihan skuad kebangsaan Singapura untuk aksi persahabatan pada September lalu.

Advertisements

Sementara tiga kelab Thailand iaitu Police Tero, Chonburi dan Port FC pula turut berpeluang menentang Harimau Selatan di SSI.

Meskipun ramai pemain JDT tiada kerana memenuhi tugasan antarabangsa, pasukan itu memiliki ramai tonggak berwibawa. Antaranya Safiq Rahim, Jorge Obregon, Bergson da Silva, Andoni Zubiaurre, Hong Wan dan Mohammadou Sumareh.

Advertisements

Selain itu, ini juga peluang penyokong JDT bersua dengan pemain terbaru pasukan itu, Jese Rodriguez. Bekas bintang Real Madrid itu melengkapkan perpindahan ke Harimau Selatan baru-baru ini.