Advertising
JDT Umum Dua Perpisahan Mengejut
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan dua perpisahan mengejut musim ini.

Pada awal musim 2024/25, skuad Harimau Selatan telah melepaskan sebahagian pemain untuk dipinjamkan ke kelab lain termasuklah luar negara seperti Fergus Tierney (Thailand) dan Endrick Dos Santos (Vietnam).

Ad

Khabar terbaru menyaksikan pemain sayap lincah, Akhyar Rashid telah dilepaskan secara tetap kepada kelab pinjamannya iaitu Terengganu FC.

Ad

“Permohonan ini telah diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan bersetuju untuk melepaskan pemain ini khas untuk kelab Terengganu FC dan pemain ini boleh beraksi bersama Terengganu FC sebagai pemain tetap.

“Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keputusan ini dan diharapkan kehadiran Akhyar ini terus mampu meningkatkan lagi kualiti pasukan ini untuk baki musim ini dan musim-musim akan datang,” ujar kenyataan kelab.

Ad

Bukan itu sahaja, skuad futsal JDT turut melepaskan pemain berpengalaman, Yazid Kamaruzuan.

Ad

”Terima kasih dan selamat maju jaya Yazid Kamaruzuan,” ucap JDT Futsal di laman media sosial.

Ad

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan antara anggota kejayaan buat JDT Futsal dalam merangkul kejuaraan berganda MPFL dan MFC untuk musim 2024 buat kali pertama dalam sejarah.

Pasukan-pasukan di MPFL ketika ini sedang rancak mendapatkan para pemain baharu menjelang sepak mula saingan musim 2025 dengan JDT baru selesai merekrut Syed Aizad dari Selangor.