JDT Umum Kedatangan Murilo Henrique Sebagai Bintang Ketiga Musim 2024/25
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain sayap sensasi baharu, Murilo Henrique bagi saingan musim baharu.

Pemain berusia 28 tahun ini menjadi bintang terbaru yang dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan apabila sah mendapatkan dua pemain baharu sebelum ini iaitu Jalil Elias dan juga Chico Geraldes.

Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain yang berkelana di Finland bersama SJK Seinajoki ini bakal menjadi rekrut terbaru JDT musim baharu.

Advertisements

Murilo kini bergelar ejen bebas selepas tidak lagi bersama jaguh Finland itu selain pernah beraksi bersama beberapa buah kelab di Eropah sebelum ini.

Beliau pernah beraksi di Sepanyol bersama Ourense CF dan Cultural Areas selain merupakan bekas pemain Rio Ave FC bawah 19 tahun.

Advertisements

Kedatangan pemain versatil ini bakal memberi nilai tambah buat bahagian kiri pasukan selepas sah melepaskan pemain import Filipina-Sepanyol, Oscar Arribas seca pinjaman.

JDT juga membuat keputusan untuk mengekalkan khidmat pemain berpengalaman, Fernando Forestieri sekaligus memantapkan persaingan di bahagian kiri pasukan.

Advertisements

Secara keseluruhan, Murilo telah beraksi hampir 67 perlawanan bersama SJK Seinajoki dan meledak 2 gol bersama 21 bantuan gol menurut laman Transfermarkt.

Beliau lebih banyak beroperasi selaku pemain ‘left midfield’ dan sesekali diturunkan selaku pertahanan kiri.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram