Kelab Bola Sepak Johor Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan bintang sensasi terbaru, Nicolao Cardoso bagi musim 2024/25.
Pemain berusia 32 tahun itu merupakan bekas pemain juara Thai League, Buriram United dan bakal memantapkan posisis serangan Harimau Selatan.
Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Dimitru bakal memantapkan juara bertahan itu bagi musim hadapan terutamanya apabila bersaing di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Pemain kelahiran Itali ini memiliki reputasi yang cukup hebat selain pernah beraksi bersama beberapa kelab ternama di Serie A seperti SSC Napoli dan juga di EPL bersama Nottingham Forest.
JDT sebelum ini sudah mengumumkan ketibaan tiga pemain import seperti Francisco Geraldes sekaligus memantapkan lagi perjalanan pasukan untuk musim baharu.
Cardoso telah meledak hampir 60 gol dalam 336 penampilan liga menerusi data oleh laman Transfermarkt.
Pemain yang dinilai pada tanda harga RM1.27 Juta bakal membantu jentera serangan JDT terutamanya untuk mengekalkan rekod 100 gol yang dicapai musim lalu.