Advertisements
JDT & Vissel Kobe Rebut Tangga Tertiggi Di Asia
ACL
MakanBola
JST/VKFC

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bersaing sengit dengan wakil Jepun, Vissel Kobe di Asia.

Skuad kendalian Hector Bidoglio memperagakan aksi cemerlang apabila menundukkan juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan kedua dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE) ini membantu skuad Harimau Selatan untuk melonjak ke tangga ketiga kumpulan dengan 7 mata selepas 4 perlawanan setakat ini.

Saingan bagaimanapun kini didahului oleh Vissel Kobe yang melakar kemenangan ketiga menumpaskan Gwangju dengan keputusan 2-0 sekaligus kebal tanpa kalah ketika ini.

Kedudukan ini membolehkan JDT dan Vissel Kobe terus bersaing hebat bagi memburu tempat dalam kedudukan tiga pasukan elit di Asia.

Berdasarkan kemas kini oleh laman Opta Analyst, Vissel Kobe kini menghuni tangga ketiga di Asia dengan 81.7 mata sementara JDT di tangga kelima dengan 79.1 mata.

JDT juga merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara disusuli oleh Buriram United (25), Port (101) dan juga Selangor (103) selain menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Timur.

Aksi seterusnya menyaksikan JDT akan bertemu wakil China, Shandong Taishan manakala Vissel Kobe akan menentang Central Coast Mariners pada 26 November 2024.