Wakil kelab Jepun ke kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini salah satunya bakal mempertaruhkan kelab divisyen dua untuk melakukan kejutan.
Pertandingan berprestij itu menyaksikan JDT menjadi wakil tunggal Malaysia setelah mengharungi aksi yang cukup gemilang tahun lalu.
Wakil Jepun bagaimanapun mencuri tumpuan apabila kelibat pasukan gergasi diiringi oleh sebuah pasukan yang tidak dikenali.
Kelab tersebut kini beraksi di divisyen dua Liga Jepun (J2 League) dan bakal mengiringi cabaran Kawasaki Frontale dan Yokohama F. Marinos.
Kemunculan kelab yang dikenali sebagai Ventforet Kofu ini disebabkan pasukan berjaya menjulang Emperor’s Cup pada tahun 2022.
Yokohama F. Marinos yang bergelar juara J1 League musim lalu sementara Kawasaki Frontale muncul selaku naib juara.
Sungguhpun tersingkir ke divisyen dua, kelab tersebut kekal layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Mereka bakal menjadi pasukan ke-4 yang bermain di diviyen dua untuk membuat kemunculan di pentas berprestij tersebut selepas Tokyo Verdy (Jepun), Emirates Club (UAE) dan Jeonnam Dragons (Korea Selatan).
Aksi pertama bakal mempertemukan Buriram United dan Ventforet Kofu pada 4 Oktober 2023.