Ads
Jerman Guna Cara Unik Elak Diintip Lawan
Eropah
Germany Football Team

Tuan rumah EURO 2024, Jerman menggunakan kaedah unik untuk mengelakkan strategi mereka diketahui menjelang aksi suku akhir menentang Sepanyol.

Advertisements

Aksi suku akhir menyaksikan Sepanyol dilabel pasukan pilihan berdasarkan prestasi semasa. Ini kerana La Roja telah meraih kemenangan sebanyak empat kali dan hanya dibolosi sekali dalam EURO 2024.

Advertisements

Atas sebab itu, pengendali Jerman, Julian Nagelsmann berusaha mencari segala kelebihan yang ada sebelum kedua-dua pasukan berentap di Stuttgart nanti.

Advertisements
Advertisements

Akhbar Daily Mail melaporkan antara taktik unik yang digunakan Die Mannschaft untuk mengelak rahsia mereka bocor ialah memainkan muzik yang kuat di pusat latihan mereka di Herzogenaurach, Bavaria. Muzik akan dimainkan setiap kali Nagelsmann berbicara dengan para pemain.

Taktik ini tidak terpakai di pusat latihan saja. Muzik turut dimainkan dua staf kejurulatihan Jerman apabila mereka keluar bersiar-siar sambil diikuti oleh dua wartawan akhbar Jerman, Bild.

Advertisements

Antara muzik yang menjadi pilihan ialah lagu tema siri kanak-kanak Jerman, Benjamin Blumchen dan lagu Cheri Cheri Lady oleh Modern Talking.

Nagelsmann dilaporkan berbuat demikian selepas berdepan isu kebocoran maklumat semasa melatih kelab gergasi Bavaria, Bayern Munich pada 2022. Selepas dipilih sebagai jurulatih Jerman pada akhir tahun 2023, jurulatih berusia 36 tahun itu tidak mahu perkara sama berulang.

Nagelsmann turut melarang ejen dan penasihat pemain daripada memasuki pusat latihan Die Mannschaft. Ini kerana beliau tidak mahu tumpuan pemain terganggu akibat spekulasi perpindahan.

Jerman layak ke suku akhir selepas mengenepikan cabaran Denmark 2-0 di pusingan 16 pasukan terbaik.

Advertisements

Die Mannschaft membuka tirai pusingan suku akhir EURO 2024 dengan menentang La Roja di Stuttgart pada awal pagi 6 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram