Jersi Baharu Selangor Habis Licin Kurang 12 Jam Dilancarkan
MakanBola
Selangor FC

Jersi baharu Selangor FC mendapat sambutan hangat dalam kalangan penyokong sejak dilancarkan pada 20 Ogos lalu.

Semakan di laman sesawang Adidas Malaysia mendapati jersi Selangor untuk gelanggang sendiri dan gelanggang lawan sudah habis terjual, 12 jam sejak ia dilancarkan.

Jika ada penyokong mahu mendapatkan jersi tersebut, mereka perlu menunggu lebih lama sedikit. Semakan di laman sama mendapati hanya saiz Lebih Kecil (XS) yang masih ada untuk jersi merah kuning Selangor di gelanggang sendiri.

4500efed 3356 4440 ba98 f3be0bf3c8ee Jersi Baharu Selangor Habis Licin Kurang 12 Jam Dilancarkan

Jersi hitam putih Selangor untuk gelanggang lawan pula hanya mempunyai saiz Lebih Kecil (XS), Kecil (S) dan Sederhana (M).

85c15238 9716 4494 97ad 415717cfe9b3 Jersi Baharu Selangor Habis Licin Kurang 12 Jam Dilancarkan

Hal ini memperlihatkan sambutan hangat penyokong terhadap jersi baharu Selangor hasil kolaborasi antara pasukan itu dan Adidas.

Justeru, sokongan penyokong ditagih apabila kempen Liga Super bermula hujung minggu ini. Selangor akan membuka kempen dengan menentang pendatang baharu liga, Kelantan Red Warrior FC pada 22 Ogos.

Perlawanan itu bakal menjadi aksi pertama Selangor memperagakan jersi hitam putih mereka. Jersi merah kuning untuk gelanggang sendiri pula akan digunakan dalam perlawanan ketiga liga menentang Melaka pada 6 September.