Jersi Perak Laku Keras
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Dengan meletakkan harga yang mampu milik, jersi home Perak FC menerima sambutan yang hangat daripada penyokong pasukan The Bos Gaurus itu.

Perkara itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, TBG Super Fan yang turut dikelolakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin.

“Salam Semua. Cuma nak beritahu semua jersi di outlet Cheetah di Negeri Perak sudah habis terjual. Kami akan restock pada hujung minggu ini. Terima kasih penyokong Perak anda semua mmg awesome,” coret admin Facebook, TBG Super Fan.

Advertisements

Perak sebelum ini mengejutkan industri bola sepak tempatan dengan melancarkan jersi home dengan harga serendah RM39 sahaja untuk fans issue.

Selain jersi home yang mendapat sambutan hangat, Perak juga melancarkan pas bermusim untuk musim 2024/2025 dengan harga yang agak mampu milik iaitu serendah RM189 sahaja.

Meletakkan harga yang rendah bagi sehelai jersi merupakan salah satu usaha Perak dalam menyantuni hasrat peminat untuk merasakan sebahagian daripada kelab dan dalam masa yang sama mengatasi isu cetak rompak jersi yang berleluasa.

Advertisements

Usaha Perak itu nyata meraih respon positif daripada penyokong bola sepak tempatan yang memuji tindakan Perak apabila memahami keadaan ekonomi semasa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram