Advertising
Sabah Gagal Pujuk Joao Pedro, Pinjamkan Ke Ho Chi Minh City
MakanBola
Sabah FC

Sabah terpaksa akur melepaskan penyerang, Joao Pedro secara pinjaman kepada Ho Chi Minh City meskipun sudah berusaha memujuk.

Perkara ini dinyatakan oleh Sabah dalam satu pengumuman tergempar pada lewat malam Sabtu yang menyaksikan Joao Pedro dilepaskan ke Ho Chi Minh City secara pinjaman.

Ad

”Sabah FC hari ini mengumumkan bahawa penyerang import dari Brazil, João Pedro Boeira Duarte akan menyertai Ho Chi Minh City FC sebagai pemain pinjaman,” umum pihak kelab.

Ad

“Keputusan ini dibuat setelah João Pedro menerima tawaran dari kelab Vietnam tersebut.”

Walaupun sudah dipujuk, namun Joao Pedro tetap bertegas dengan keputusan untuk berhijrah sehingga menyebabkan pihak pengurusan bersetuju dengan permintaan pemain itu.

Ad

“Pihak pengurusan Sabah FC telah berusaha untuk memujuk beliau supaya terus bersama pasukan, namun João Pedro tetap dengan keputusannya untuk menerima tawaran tersebut.”

Ad

”Setelah perbincangan dengan Ketua Jurulatih dan team kejurulatihan, Sabah FC bersetuju untuk melepaskan beliau.”

Ad

Dalam kesempatan yang sama, pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya buat Joao Pedro bersama kelab Vietnam tersebut.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada João Pedro atas sumbangannya kepada Sabah FC. Kami mendoakan yang terbaik buat beliau dalam kariernya di Ho Chi Minh City FC.”

Joao Pedro sertai Sabah pada jendela perpindahan kedua lalu dan telah merekodkan 8 jaringan dalam 15 penampilan bersama The Rhinos musim ini.

Ketiadaan Joao Pedro di jentera serangan sudah pastinya merencatkan pelan pengendali Sabah, Martin Stano untuk aksi seterusnya pada Ahad bertemu Sri Pahang.