Jodoh Fernando Forestieri & Import Baharu JDT Kembali Bersatu Selepas 14 Tahun
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketibaan pemain sayap sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nicolao Dimitru Cardoso memiliki persamaan terhadap bintang utama pasukan, Fernando Forestieri.

Bekas penyerang berbisa Thai League 1 itu menjadi tonggak import ke-4 skuad Harimau Selatan tatkala pengumuman untuk mengekalkan khidmat Fernando Forestieri menjadi bualan ramai.

Skuad Harimau Selatan dilihat mempunyai kombinasi menarik pada bahagian serangan dengan beberapa pilihan pemain tempatan dan import mampu membentuk gabungan mantap.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers, terdapat persamaan yang dimiliki oleh Cardoso dan juga Forestieri.

Kedua-dua pemain ini pernah beraksi sebagai dakan sepasukan ketika membantu skuad b-20 Itali pada tahun 2010.

Setelah hampir 14 tahun, mereka bakal kembali digandingkan bersama jaguh Asia Tenggara itu sekali lagi.

Advertisements

Forestieri telah menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT sementara rekod jaringan Dimitru juga memberangsangkan apabila telah meledak hampir 60 gol dalam 336 penampilan liga menerusi data oleh laman Transfermarkt.

Menerusi satu pengumuman oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ, JDT akan membawa masuk seorang lagi pemain naturalisasi dan juga pemain tempatan namun bakal dipinjamkan semula untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram