Joe Flizzow: Takkan Nak Tunggu Safiq Rahim Ajar, Baru Kamu Nak Tendang Bola
Dunia
Joe Flizzow
Advertisements

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow menggesa kepada semua anak muda untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan.

Joe menjelaskan bahawa jika seseorang itu benar-benar serius dalam sesuatu bidang, dia pasti akan berusaha dan belajar sendiri. Artis terkenal berusia 43 tahun itu ketika ditemubual wartawan MStar mengambil contoh bola sepak sebagai analogi mudah untuk menjelaskan tentang usaha dan kesungguhan.

“Kalau betul serius, mereka akan belajar sendiri. Macam tu juga nak main bola, takkan kamu nak tunggu Safiq Rahim ajar, baru kamu nak tendang bola.”

Advertisements

Menurutnya, jika ada hasrat untuk menjadi seorang pemain bola sepak, haruslah berlatih setiap hari agar bakat bermain itu dapat diasah.

“Semestinya setiap petang kamu main bola hari-hari dan asah bakat sendiri. Kalau kamu nak suruh Safiq Rahim, mungkin kamu akan tanya macammana nak ambil sepakan percuma.”

Tambah Joe, jika mahu meminta tips dan nasihat dari pemain bola lebih sesuai untuk bertanya soalan yang lebih mendalam, bukannya soalan asas seperti bagaimana nak main bola.

Advertisements

“Soalan yang lebih terperinci seperti macam mana saya nak tingkatkan fizikal saya. Mungkin itu soalannya, bukan soalan macammana saya nak main bola. Jadi kalau kamu nak main bola, takkan kamu tak main bola dulu dengan kawan-kawan kamu,” ujar Joe Flizzow.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram