‘Bengis’ Johor Darul Ta’zim Terserlah Di Penghujung Permainan
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Pendahulu carta Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) gah berada di persada liga Malaysia 2021 apabila mencapai kemenangan selesa keatas Sabah FC 8 Ogos lalu.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam telah mengeluarkan satu kenyataan berbentuk statistik di laman rasmi media sosial mereka. Statistik tersebut menunjukkan gol-gol yang berjaya dihasilkan JDT berdasarkan minit permainan dalam Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tempoh hari.

JDT dilihat lebih tajam di depan gawang dalam tempoh 15 minit pertama dan juga 14 minit terakhir permainan. Berdasarkan statistik, skuad Harimau Selatan ini berjaya meledak sebanyak 9 gol dalam 15 minit pertama dan 14 gol dalam 14 minit terakhir perlawanan.

Advertisements

Skuad kendalian Benjamin Mora ini turut menjaringkan sebanyak 8 gol di antara minit ke-16 hingga 30 dan 7 gol pada minit ke-46 hingga 60. Ini menunjukkan JDT seakan lebih berbisa pada minit-minit awal permainan separuh masa pertama dan pada babak awal separuh masa kedua.

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mencipta satu lagi rekod baharu apabila berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah paling lama dalam sejarah Liga Super. Tidak ketinggalan, pemain import mereka Bergson Da Silva kini menjadi penjaring terbanyak liga dan memegang rekod penjaring terbanyak kelab tersebut dalam liga super.

Sebagai rekod, JDT berjaya mencatat sebanyak 42 gol dalam saingan Liga Super musim ini setakat 18 perlawanan. 3 gol JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tempoh hari menjadikan JDT cemerlang mencetak sebanyak 45 gol secara keseluruhannya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram