Ads
Asia Tenggara
PSSI

Bek tengah Indonesia, Jordi Amat percaya tidak mustahil untuk pasukan itu mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2026.

Advertisements

Keyakinan Amat bersandarkan kepada peruntukan lapan slot kelayakan Piala Dunia yang diperuntukkan kepada AFC. Dengan lapan slot tersebut, peluang negara Asia Tenggara terutama Indonesia untuk layak amat cerah.

Advertisements

Selain meningkatkan peluang layak ke Piala Dunia, ini secara tidak langsung merealisasikan potensi pasukan Asia Tenggara termasuk Indonesia sebagai pasukan yang disegani oleh pasukan-pasukan dari benua lain.

Advertisements

Advertisements

“Dalam 15 tahun seterusnya, kita akan lihat lebih banyak pasukan Asia di Piala Dunia seperti yang kita lihat Jepun, Korea dan kejayaan Arab Saudi ke atas Argentina (dalam Piala Dunia 2022).

“Terdapat potensi yang besar dan saya percaya kita akan melihat pertumbuhan yang besar untuk tahun-tahun mendatang. Pertambahan kepada 48 pasukan merupakan satu berita besar buat Asia Tenggara,” katanya kepada FIFA.com.

Advertisements

Indonesia memulakan kempen kelayakan mereka dengan menentang Brunei dalam aksi timbal balik pusingan pertama pada Oktober ini.

Advertisements

Sekiranya berjaya mengatasi Brunei dalam aksi pertama kelayakan bulan depan, Tim Garuda akan berada dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Iraq dan Filipina.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram