Advertisement
Jordi Amat Kecewa Tidak Mampu Bantu Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI

Pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat menzahirkan rasa kecewa tidak dapat membantu pasukan kebangsaannya menjelang pertemuan bertemu Brunei, dalam aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dan Piala Asia 2024.

Ini susulan kecederaan yang dialaminya ketika beraksi bersama JDT di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu BG Pathum tempoh hari. Jordi dalam perlawanan tersebut hanya sempat beraksi untuk 45 minit pertama permainan. 

Dalam satu hantaran yang dimuat naik Jordi di laman Instagram, beliau meminta maaf tidak dapat bersama Skuad Garuda kali ini. 

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) ini bagaimanapun akan tetap memberi sokongan sepenuh jiwa buat Indonesia. Beliau berjanji akan kembali bersama skuad kendalian Shin Tae-yong tidak lama lagi. 

“Sayang sekali kerana saya tidak dapat bermain menentang Brunei ekoran kecederaan yang dialami. Tetapi saya akan tetap menyokong Indonesia dari rumah dengan sepenuh jiwa. Saya akan kembali, tidak lama lagi,” tulis Jordi.

Indonesia bakal bertemu Brunei malam ini di Stadium Utama Glora Bung Karno untuk aksi pertama dan bakal terbang ke Brunei untuk aksi kedua pada 17 Oktober di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Pemenang bagi pertemuan ini secara sah akan layak ke pentas Piala Asia 2024, berada dalam Kumpulan F bersama Iraq, Vietnam dan Filipina.