Jordi Amat Menangis Nyanyikan Lagu Indonesia
Dunia
PSSI
Advertisements

Pertahanan naturalisasi Indonesia, Jordi Amat tidak dapat menahan perasaan sebak dan terharunya setelah proses dokumentasinya selesai baru-baru ini.

Beliau yang telah pun mengangkat sumpah untuk bergelar warganegara Indonesia sekaligus menyaksikan mereka bakal tampil bersama pasukan kebangsaan tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, pertahanan kental JDT ini mengakui bahawa ini merupakan detik yang sudah lama beliau impikan.

Advertisements

“Ini adalah hari yang sangat luar biasa. Saya ingin berterima kasih kepada Ketum PSSI dan juga pemerintah Indonesia.”

“Saya tidak mampu untuk memgungkapkan perasaan saya ketika ini namun saya sangat senang. Terima kasih banyak. Saya berjanji akan memberikan segalanya untuk negara ini, untuk negara kita, ” kata Jordi.

Malah, Sandy Walsh turut merakamkan ucapan penghargaan terhadap PSSI dan menyatakan kesediaan penuh untuk memberikan yang terbaik buat bola sepak Indonesia.

Advertisements

Proses naturalisasi Jordi Amat dan Sandy Walsh dipenuhi atas permintaan ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong.

Lhidmat dua pemain ini amat ditagih bagi memantapkan lagi persediaan paaukan menjelang Piala AFF 2022 dan Piala Asia 2023

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram