Jordi Amat Puji Mentaliti Pemain Di JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Sejak sembilan tahun lepas, Johor Darul Ta’zim mengungguli kejuaraan Liga Super dan pelbagai trofi domestik termasuk Piala Malaysia. Dan bagi kapten dan bek tengah naturalisasi Indonesia, Jordi Amat, ia disumbang oleh mentaliti kemenangan yang menakjubkan pasukan berkenaan.

Mengakui bukan senang untuk mengekalkan mentaliti kemenangan dalam pasukan, bekas bek tengah Swansea itu pada masa sama melihat ia sebagai komitmen untuk cuba memenangi semua perlawanan yang disertai mereka.

Ad

Ini menjelaskan kesungguhan JDT bila beraksi di atas padang baik di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Dan untuk musim ini, Harimau Selatan muncul satu-satunya pasukan Liga Super yang memiliki rekod kemenangan liga 100% selepas sembilan perlawanan.

Ad

“Ia bukan mudah, kita bermain dalam setiap perlawanan untuk mencapai kemenangan. Saya boleh katakan aspek terbaik pasukan (JDT) ini ialah mentaliti kemenangan.

“Kita menunjukkannya dalam setiap perlawanan tak kira sama ada di tempat sendiri atau di tempat lawan. Tak kira siapa lawan (kita), kita akan memberi fokus kepada persembahan kita.

“Jadi, pada akhirnya, kita gembira dengan kerja yang kita tunjukkan musim ini. Kita melakukan kerja yang bagus dalam perlawanan piala (Piala FA). Tetapi sekarang kita beraksi dalam Liga Super dan kita mahukan lebih daripada itu,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam temubual eksklusif untuk Nadi Arena semalam.

Ad

JDT bakal meneruskan saingan liga dengan turun menentang Kelantan United pada 13 Mei ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).