Jordi Amat Tak Sabar Julang Piala Di Gelora Bung Karno
Dunia
PSSI
Advertisements

Pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat bercita-cita besar untuk menghadiahkan kejuaraan Piala AFF buat Indonesia.

Pemain berusia 30 tahun itu telah dipilih menyertai skuad kendalian Shin Tae Yong bagi mengharungi cabaran Piala AFF. Kejohanan ini bakal menjadi pentas pertama buat Jordi Amat membuat penampilan sulung bersama Indonesia setelah proses naturalisasinya selesai bulan lepas. 

Dalam satu kenyataan pada semalam, Jordi menjelaskan bahawa timnas Indonesia sedang dalam persiapan terbaik bagi menghadapi perlawanan pertama peringkat kumpulan kelak. Tambah Jordi, semua pemain memberikan sepenuh komitmen dalam sesi latihan yang dijalankan. 

Advertisements

“Kami disini sedang berlatih bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi edisi Piala AFF kali ini. Kami juga semestinya ingin meraih kemenangan pertama di laman sendiri,” ujar Jordi Amat.

Jordi dalam pada itu turut menzahirkan keterujaan untuk beraksi bersama pasukan. Beliau meletakkan sasaran khas untuk membantu Skuad Garuda menjulang Piala AFF 2022. 

“Saya berharap agar dapat membantu pasukan menjuarai Piala AFF ini untuk dihadiahkan kepada seluruh rakyat Indonesia, keluarga saya dan para penyokong Skuad Garuda. Saya yakin kita mampu melakukannya,” kata Jordi

Advertisements

Indonesia bakal berdepan Kemboja bagi aksi pertama saingan kumpulan A. Skuad kendalian Shin Tae Yong akan turun beraksi di laman sendiri pada 23 Disember kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram