Dunia
Anne Bechler
Advertisements

Pemain muda negara yang beraksi di Liga Jerman, Joshua bin Johan Bechlers merupakan salah satu pemain muda yang sedang meningkat naik kini menikmati aksi yang cukup baik bersama pasukannya yang berpangkalan di Eropah.

Pemain muda berusia 18 tahun itu kini beraksi di sebuah kelab yang beraksi di Jerman yang dikenali sebagai TuS Hornau.

Sungguhpun begitu, aksi pemain ini jarang dilihat memandangkan usianya yang masih muda dan belum beraksi buat pasukan utama kelab.

Advertisements

Beliau dilihat mampu untuk beraksi di pelbagai posisi dan merupakan seorang pemain yang sangat versatil kerana selain memiliki kebolehan untuk bertindak sebagai pemain sayap, pemain berketinggian 1.74 m ini juga mampu beraksi sebagai pertahanan kiri buat pasukan.

Namun begitu, baru-baru ini, jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara,Brad Maloney sudah pun mengumumkan senarai pemain yang dibawa bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun di Mongolia yang bermula hari ini.

Ia mendapat respon daripada ibu kepada pemain ini sendiri yang menyuarakan hasrat untuk melihat kelibat anaknya membarisi skuad muda negara.

Advertisements

‘Tidak mengapa, tiada rezeki. InsyaAllah Joshua akan mendapat panggilan seterusnya.’

Selain itu, beliau juga mengkhabarkan bahawa anaknya itu juga yang sedang beraksi di liga kedua Jerman bawah 19 tahun masih mempunyai banyak masa untuk menimba pengalaman dan bersedia sepenuhnya jika dipanggil nanti

‘Tunggu tahun depan pula sebab sudah menyertai pasukan senior di Jerman.’

Advertisements

Ibu pemain ini juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan muda negara yang bakal menyaksikan pertembungan menentang Laos bakal membuka tirainya hari ini.

Joshua Joshua Bechlers Yakin Waktunya Akan Tiba Untuk Beraksi Bersama Malaysia
Instagram: Mixed Malaysian

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram