Advertisements
Alami Komplikasi Akibat Covid-19, Joshua Kimmich Akui Menyesal Tidak Ambil Vaksin
Dunia
MakanBola
Getty Images

Bintang Bayern Munich, Joshua Kimmich mengakui dirinya menyesal kerana tidak mahu mengambil suntikan vaksin Covid-19 setelah beliau kini dijangkiti Covid serta mengalami kesan jangka masa lama akibat virus berkenaan. Malah Kimmich terpaksa melupakan baki perlawanan tahun 2021 apabila terpaksa berehat panjang ekoran kesan sampingan dijangkiti Covid-19.

Kimmich sebelum ini merupakan antara salah seorang pemain bola sepak profesional yang tidak percaya akan keberkesanan vaksin dan menolak untuk menerima suntikan vaksin. Kimmich menolak kerana berpendirian bahawa vaksin tidak berkesan buat jangka masa panjang dan tiada data yang benar-benar meyakinkan.

kimmich jerman Alami Komplikasi Akibat Covid-19, Joshua Kimmich Akui Menyesal Tidak Ambil Vaksin
Joshua Kimmich bakal terlepas beberapa siri perlawanan Bundesliga

Namun pemain berusia 26 tahun tersebut akhirnya dijangkiti virus berkenaan pada hujung bulan November dan terpaksa menjalani kuarantin. Kimmich masih lagi tidak dibenarkan untuk turun menjalani latihan berat ekoran nasihat doktor pakar yang mengarahkannya agar berehat terlebih dahulu. Kini beliau hanya menjalani latihan ringan dibawah pemantauan pakar perubatan kelab.

Kimmich disahkan mengalami simptom jangka masa panjang Covid-19 iaitu masalah pada bahagian paru-parunya menurut sumber ESPN.

Kini Kimmich mengakui beliau menyesal kerana terlambat menerima suntikan vaksin setelah apa yang berlaku ke atas dirinya. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menerima suntikan vaksin secepat mungkin bagi memastikan tahap kesihatan dirinya.

Selain Joshua Kimmich, dilaporkan pemain muda Jamal Musiala yang pada awalnya turut tidak mahu divaksin, telah mengubah keputusan dan telah menerima dos vaksin tersebut menurut pengurus bayern Munich, Julian Nagelsmann.

kimmich bayern Alami Komplikasi Akibat Covid-19, Joshua Kimmich Akui Menyesal Tidak Ambil Vaksin
Aksi Joshua Kimmich bersama Bayern Munich

Pemain tengah bertahan yang turut mampu beraksi di bahagian pertahanan kanan pasukan tersebut kini terpaksa melupakan baki saingan bola sepak 2021. Kimmich dijangka akan pulih sepenuhnya pada tahun hadapan. Posisi beliau ketika ini digantikan oleh Corentin Tolisso dibahagian tengah pasukan.

Bola sepak eropah kini kembali huru-hara setelah ramai pemain dijangkiti Covid-19. Antaranya para pemain Bayern Munich, Tottenham Hotspur dan yang terbaharu Manchester United. Ini berikutan jumlah pemain yang tidak mahu divaksinasi adalah tinggi sekali gus meningkatkan kebolehjangkitan virus Covid-19.