Juara eFootball JDT Zahirkan Penghargaan Kepada TMJ
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Beberapa hari lepas, peminat e-sukan merasa gembira apabila pemain eFooball JDT|GBX, Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh kini menduduki ranking nombor satu dunia. Bagi Haikal, ini takkan berlaku tanpa usaha dan sokongan DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim.

Haikal menduduki ranking pertama dunia selepas mengumpul 1,540 mata. Ini sekaligus membolehkan dia meninggalkan pesaingnya dari Brazil, Senegal dan Jepun.

“Terima kasih TMJ atas usaha dan sokongan untuk saya dan rakan sepasukan membawa nama JDT|GBX ini ke peringkat dunia,” katanya.

Advertisements

Haikal menyertai JDT pada tahun 2021. Menariknya, untuk kejohanan Champions eFootball yang disertai ketika itu, dia bergandingan dengan pemain naturalisasi JDT, Mohamadou Sumareh.

“Dalam kejohanan itu, saya sebagai pemain profesional eFootball, manakala Sumareh pula merupakan pemain bola sepak yang bermain eFootball. Kejohanan itu membabitkan enam kelab dari luar negara seperti Buriram United, Chonburi dan beberapa lagi.

“Kami akan bermain secara solo yang mana saya akan menentang pemain profesional eFootball, manakala Sumareh pula akan menentang dengan pemain bola sepak kelab itu,” tambahnya.

Advertisements

Selepas ini, Haikal bakal membawa cabaran JDT|GBX dalam pusingan kelayakan World eFootball Open yang berlangsung pada hujung bulan ini.

Sekiranya dia berjaya melepasi peringkat kelayakan, Haikal bakal beraksi di peringkat akhir yang akan diadakan di Jepun. Selain itu, dia juga akan menyertai satu lagi kejohanan iaitu World eSports di Romania.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram