Junior Eldstal Dijangka Kembali Ke Pangkuan JDT

junioreldstal Junior Eldstal Dijangka Kembali Ke Pangkuan JDT
junioreldstal

Pemain pertahanan Chonburi FC, Junior Eldstal dijangka kembali ke Liga Malaysia menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim.

Menurut laman sosial daripada Thailand, difahamkan pasukan JDT menunjukkan minat untuk membawa kembali Junior Eldstal ke pangkuan mereka.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun ini pernah mewakili skuad utama JDT pada tahun 2015 sehingga 2018 dan pada tahun tersebut beliau juga beraksi bersama JDT II selama satu musim.

Untuk rekod, Junior berkelana ke Liga Thailand menyertai pasukan Chonburi FC pada tahun 2021 dimana beliau berjaya membuat 30 penampilan serta menjaringkan 2 gol di Liga Thailand ketika ini.

Kini, Chonburi FC berada di kedudukan kelima dalam Liga Utama Thailand. Dengan jumlah minit permainan yang baik pastinya bakal beri impak buat pasukan JDT jika menggunakan khidmat Junior Eldstal di Liga Malaysia.