Advertising
“Jurang Pemain Pelapis & Senior Malaysia Masih Jauh” – Shevon Lai
UltraSukan
Victor

Pemain beregu campuran Malaysia, Shevon Lai menyifatkan jurang antara barisan pemain pelapis dan pemain senior negara masih jauh.

Pandangan itu dibuat beliau selepas tamat kempen Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC) 2025 baru-baru ini.

Ad

Kempen BAMTC menyaksikan kontinjen negara terkandas di peringkat kumpulan. Ini susulan kekalahan Malaysia di tangan Hong Kong dan Indonesia.

Ad

Shevon menyifatkan barisan pemain pelapis yang diketengahkan dalam kejohanan itu cukup berbakat. Pada masa sama, beliau menyedari jurang yang wujud antara pemain senior dan pelapis perlu dirapatkan.

Sekiranya perkara itu dapat dicapai, ini akan membantu kontinjen Malaysia di peringkat antarabangsa untuk jangka masa panjang.

Ad

“Sebenarnya kita ada (barisan) pemain pelapis yang bagus, mereka pemain yang berbakat. Tetapi kadang-kadang jurang dengan pemain senior agak jelas (masih jauh) lagi,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Jadi, melalui kejohanan ini, kita boleh tambah baik (aspek) itu dan rapatkan lagi jurang antara pemain pelapis dengan pemain senior. Saya fikir (saingan BAMTC) ini satu pengalaman yang baik untuk mereka juga.”

Ad

Shevon dan suami, Goh Soon Huat kini fokus untuk saingan All England Open 2025. Kempen kali ini lebih menarik kerana mereka kini beregu campuran nombor satu Malaysia.

Ini kerana kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menyaksikan mereka kini menduduki ranking ketiga dunia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments