Advertisement
Jurang Ranking JDT & Gwangju Di Asia Makin Besar
ACL
MakanBola
GFC/JST

Jurang ranking antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Gwangju kelihatan semakin besar menjelang pertemuan kedua-dua pasukan hari ini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang musim ini apabila tidak tewas dalam mana-mana aksi yang diharungi.

Juara Piala FA Malaysia itu cemerlang menundukkan Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 3-0.

Berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst, JDT kini merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara terus melebarkan sayap apabila berada pada kedudukan kelima di Asia.

Skuad Harimau Selatan mengumpul 78.9 mata dan menghampiri kedudukan Vissel Kobe di tangga keempat Asia dengan 80.7 mata.

Lawan JDT bagi aksi ketiga ACLE iaitu Gwangju Fc pula menghuni tangga ke-29 di Asia dengan 75.8 mata dan merupakan pasukan ke-447 dunia.

Skuad kendalian Lee Jun-hyo kehilangan momentum beraksi dalam saingan K1 League namun memiliki rekod cemerlang dalam saingan ACLE.

JDT juga turun dengan reputasi luar biasa apabila menjaringkan 17 gol dalam 5 aksi terakhir sekaligus menjadikan pertemuan di Stadium Yangin Mireu dinanti-nantikan.

Aksi Gwangju dan JDT berlangsung pada 22 Oktober jam 6 petang.