Jurang ranking Malaysia dan Filipina beri kelebihan menjelang sepak mula Pestabola Merdeka 2024.
Perlawanan ini juga menjadi ujian pertama buat pengendali, Pau Marti Vicente setelah menggantikan tempat Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.
Bekas pengendali kelahiran Korea Selatan itu kini secara rasminya membimbing kelab K-League, Ulsan HD selepas meninggalkan Malaysia.
Skuad negara telah dijadualkan bertemu Filipina bagi aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 4 September 2024 jam 9 malam.
Berdasarkan kemas kini ranking FIFA, Malaysia kini menghuni tangga ke-134 dunia manakala The Azkals di tangga ke-147 dunia.
Filipina mengalami penurunan mendadak susulan deretan kekalahan pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 susulan tewas 5 daripada 6 perlawanan terakhir.
Kali terakhir skuad negara bertemu Filipina adalah pada tahun 2022 iaitu aksi pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon dan mencatatkan kemenangan 2-0.
Kemenangan pada peringkat separuh akhir bakal membolehkan Malaysia ke final dan bertemu sama ada Tajikistan atau Lubnan.
Kesemua aksi Pestabola Merdeka 2024 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.