Advertising
Jurang Sze Fei-Izzuddin Dengan Astrup-Rasmussen Makin Rapat
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki nombor satu Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani berpeluang memintas beregu nombor satu dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Ini kerana berdasarkan kemas kini terbaru ranking Persekutuan Badminton Sedunia (BWF), kedua-dua beregu hanya dipisahkan dengan 3,200 mata.

Ad

Sze Fei-Izzuddin yang juga beregu kedua dunia berjaya merapatkan jarak dengan beregu Denmark itu apabila bergelar juara India Open 2025 baru-baru ini.

Ad

Juara China Open 2024 itu menewaskan beregu Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-16.

Persaingan merebut mata ranking membabitkan kedua-dua beregu dijangka lebih sengit dalam saingan All England Open 2025 pada Mac ini.

Ad

Kemas kini terbaru BWF turut menyaksikan tujuh beregu negara berada dalam kelompok 30 beregu lelaki terbaik dunia.

Ad

Selain Sze Fei-Izzuddin, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun masing-masing menduduki ranking kelima dan ke-14 dunia.

Ad

Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong pula masing-masing menduduki ranking ke-20, 24, 28 dan 30.