Jurgen Klopp Cederakan Pemain Liverpool Sendiri
TV
Liverpool FC
Advertisements

Ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mengalami detik aneh apabila tidak sengaja mencederakan pemainnya sendiri iaitu Kostas Tsimikas.

Dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1 menentang Arsenal, Jurgen Klopp telah bertembung dengan Tsimikas yang sedang merebut bola daripada Bukayo Saka.

Tsimikas yang terjatuh ekoran perebutan itu kemudian bertembung dengan Jurgen Klopp yang kemudiannya tersungkur menimpa pemain Liverpool itu.

Advertisements

Pertahanan berusia 27 tahun itu kemudian mengalami kecederaan sehingga tidak dapat meneruskan perlawanan dan terpaksa digantikan dengan Joe Gomez.

Tsimikas terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami kecederaan pada bahagian tulang selangka.

Jurgen Klopp turut tidak menjangka bahawa pertembungan itu mampu menyebabkan kecederaan serius.

Advertisements

“Saya ingat itu bukan perkara serius. Saya tidak mengalami kesakitan dan menjangka Kostas Tsimikas begitu juga.”

“Jika boleh, saya gembira untuk memberikan tulang selangka saya kepadanya agar dia kembali cergas seperti sediakala.” ujarnya menurut laporan Daily Mail.

Tsimikas dijangka akan tersisih selama 3 bulan jika kecederaan tersebut adalah serius.

Advertisements

Jurgen Klopp menerima tamparan hebat apabila Tsimikas menjadi pemain pertahanan kiri terbaru yang mengalami kecederaan selepas Andy Robertson.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram