Jurgen Klopp Salahkan Rumput
Dunia
The Anfield
Advertisements

Ketua jurulatih Liverpool FC, Jurgen Klopp telah menyalahkan keadaan padang dan permukaan rumput yang kurang baik susulan terikat dengan Fulham 2-2 semalam.

Pengendali kelahiran Jerman itu mengetuai pasukan dan kelihatan anak buahnya masih tidak berada pada tahap sebenar apabila berdepan situasi sukar di tempat lawan.

Kemasukan Darwin Nunez akhirnya menghidupkan semula jentera serangan The Reds untuk membawa pulang satu mata.

Advertisements

Mengulas lanjut, Klopp dalam satu temubual sejurus selepas perlawanan mengakui pasukannya tidak bermain dengan baik hari ini.

“Kami mencuri satu mata daripada perlawanan yang cukup teruk dari pasukan kami dan bagaimana perkara ini boleh terjadi.”

“Kami tidak begitu berdisiplin pada awal permainan dan mereka mahu melawan semula yang menyebabkan keadaan menjadi sukar,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau mengakui keadaan padang juga menjadi antara faktor terbesar yang menyebabkan Liverpool gagal memenangi perlawanan ini.

“Keadaan padang sangat kering dan perkara seperti ini menyebabkan kami bermain dengan cara mereka pada kebanyakan masa.”

Liverpool bakal melayan kunjungan Crystal Palace pada perlawanan kedua liga selepas ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram