Advertising
Jurulatih Al-Nassr Anggap Ronaldo Punca Kekalahan
MakanBola
Reuters/Ahmed Yusri

Ketua jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia menganggap bahawa bintang baharu pasukan, Cristiano Ronaldo menjadi punca kekalahan pasukan semalam.

Pemain berusia 38 tahun itu turun selaku kapten pasukan semalam ketika berdepan Al-Ittifaq menyaksikan pasukannya tewas dengan keputusan 3-1.

Ad

Dalam satu kenyataan sidang media selepas perlawanan, beliau menganggap kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang terhidang pada babak pertama mengubah keputusan perlawanan.

Ad

“Salah satu perkara yang mengubah perjalanan perlawanan ialah peluang Cristiano Ronaldo pada separuh masa pertama,” kata pengurus Perancis itu kepada pemberita selepas perlawanan.

Hal ini sekaligus menyaksikan mereka terlepas peluang untuk mengesahkan kemaraan ke pentas akhir selepas berjaya bergelar juara pada tahun 2019 dan 2020.

Ad

Bekas bintang Manchester United ini masih menunggu saat untuk mencatat nama selaku penjaring Liga Saudi dan berpeluang merealisasikannya ketika berdepan Al-Fateh hujung minggu ini.

Ad