Jurulatih Al-Nassr Harap Pemain Tak Selalu Beri Bola Kepada Ronaldo
Dunia
The Sun
Advertisements

Jurulatih Al-Nassr, Luis Garcia berharpa agar para pemainnya tidak selalu memberikan bola kepada Cristiano Ronaldo.

Pemain berusia 38 tahun itu baru sahaja beraksi sebanyak dua perlawanan bersama kelab yang menyaksikan mereka hanya mencatatkan satu kemenangan.

Malah, Al-Nassr juga tersingkir daripada Piala Saudi apabila tewas kepada Al-Itthihad mengundang pelbagai tanda tanya kepada pasukan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan, jurulatih tersebut mengingatkan para pemainnya agar beraksi seperti sediakala dan tidak terlalu fokus memberi bola hanya kepada Ronaldo.

“Mereka jauh lebih baik daripada kami sehingga rehat. Jadi, kami bertindak balas tetapi kami tidak boleh berpaling lagi. Kami kalah dalam Piala Super tetapi kami masih di tempat pertama dalam kejuaraan.”

Advertisements

“Ia sangat penting untuk pemain bermain secara normal dan tidak selalu cuba memberikan bola kepada Cristiano,” jelasnya.

Namun begitu, beliau turut memuji impak yanh dibawa oleh kedua pemain ini ketika membantu pasukan beraksi di atas padang.

Advertisements

“Kedua-dua pemain ini mampu membuat perubahan. Saya fikir kadang-kadang kami mempunyai kedudukan hantaran yang baik, tetapi tidak cukup orang di dalam kotak, kadang-kadang bukan Ronaldo atau Talisca.”

“Kami perlu mengusahakannya, mempunyai salah seorang daripada mereka di kawasan itu dan mungkin yang lain akan bermain di luar kawasan itu.”

Advertisements

Perlawanan seterusnya bakal melibatkan pertembungan Al Fateh yang melayan kinjungan kelab gergasi Arab pada Jumaat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram