Jurulatih Bali United Tabik Liga Malaysia
AFC Cup
Bolasport
Advertisements

Biarpun sudah tersingkir dari saingan Piala AFC musim ini, namun Bali United tidak mahu menganggap perlawanan menentang Terengganu FC pada esok (13 Disember) secara sambil lewa.

Jurulatih Bali United, Stefano Cugurra berpendapat perlawanan esok sebagai satu medan untuk menguji keupayaan para pemainnya beraksi di Malaysia.

“Perlawanan ini sangat penting bagi kami untuk terus meningkat sebagai jurulatih dan pemain. Perlawanan yang kita hadapi (dalam Piala AFC) selepas liga tempatan amat sukar.

Advertisements

“Jadi, esok merupakan satu lagi peluang bermain bola sepak antarabangsa. Terengganu satu pasukan yang bagus dan ini satu peluang buat kita menguji keupayaan di Malaysia,” ujar Stefano Cugurra yang dikongsikan dalam siaran langsung Astro Arena.

Stefano Cugurra yang berpengalaman melatih pasukan Liga Malaysia suatu ketika dahulu juga melihat peningkatan yang dialami Liga Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau juga melihat Liga Malaysia sebagai liga yang bagus untuk bekerja.

Advertisements

“Ya, saya pernah berada di sini bersama (Kuala Muda) Naza sebelum ini. Kita pernah menentang Persija Jakarta di Kuala Lumpur dan satu lagi pasukan Thailand. Saya merasa gembira bersama pasukan itu.

“Saya fikir (bola sepak) Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang bagus, liga yang bagus untuk bekerja. Saya fikir semua liga di Asia Tenggara menunjukkan kemajuan,” jelasnya lagi.

Advertisements

Bali United bakal berdepan Terengganu dalam aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan Terengganu dalam misi melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada esok, pada 8 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram