Jurulatih BG Pathum Lega Lihat Format ACL
ACL
BG Pathum United
Advertisements

Menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang menemukan BG Pathum United dan Ulsan Hyundai esok, ketua jurulatih BG Pathum, Surachai Jaturapattarapong mempunyai pandangan tersendiri mengenai peluang pasukan kendaliannya itu.

Namun yang lebih mustahak bagi Surachai adalah format kejohanan ACL kali ini telah kembali kepada normal iaitu adanya perlawanan sebagai tuan rumah dan juga sebagai pelawat. Berbeza dengan apa yang dilalui pada musim lalu.

“Perlawanan esok akan menjadi pertemuan yang menghiburkan memandangkan sekarang kita kembali kepada format pertandingan asal iaitu perlawanan di tempat sendiri dan di tempat lawan.” kata Surachai.

Advertisements

Walaupun barisan pemain BG Pathum dikatakan masih keletihan disebabkan perlawanan lalu, namun Surachai percaya anak-anak buahnya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik menentang juara Liga Korea itu.

“Kami masih kepenatan selepas melalui perlawanan terbaru kami dan juga terkesan daripada perjalanan tetapi barisan pemain sudah berazam dan bersemangat untuk memberikan sepenuhnya pada perlawanan esok.” jelas Surachai lagi.

Advertisements

BG Pathum diletakkan di dalam kumpulan I bagi kejohanan kali ini. Kumpulan I turut dihuni pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram