Advertisement
Jurulatih China Bongkar Kelemahan Lee Zii Jia Secara Terbuka
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Jurulatih perseorangan lelaki China, Sun Jun tidak teragak-agak mendedahkan kelemahan yang dimiliki jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia.

Acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2024 menyaksikan China menghantar dua jaguh utama mereka iaitu Shi Yuqi dan Li Shifeng. Yuqi ialah pemain nombor satu dunia dengan Shifeng berstatus pemain keenam dunia.

Sementara cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki digalas Zii Jia selepas menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2024.

Meskipun begitu, Sun Jun melihat bekas juara All England 2021 itu tidak akan mara jauh. Ini kerana beliau menyifatkan Zii Jia tidak memiliki semangat juang tinggi terutama apabila ketinggalan mata.

“Lee Zii Jia, beliau akan menyerah kalah bila kita ada kelebihan mata yang besar dengannya. Semangat juang beliau biasa-biasa saja.

“Apabila kita konsisten dengan kelebihan mata, saya akan katakan kita tidak perlu lagi bermain kerana beliau akan menyerah kalah,” katanya seperti yang dikongsikan pengguna X, Rene Biaoli pada 26 Jun lalu.

Zii Jia menjadi antara sandaran Malaysia untuk memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik. Beliau akan turun menentang Viren Nettasinghe pada 28 Julai ini.

Sekiranya Zii Jia berjaya merealisasikan impian kontinjen negara, beliau berpeluang menerima tiga ganjaran hebat dalam sekelip mata.