Jurulatih Chungbuk Cheongju Yakin Kogileswaran Bakal Jadi Bintang Di Korea
Asia
Chc_2023
Advertisements

Jurulatih pasukan Chungbuk Cheongju, Choi Yoon-gyeom percaya bahawa Kogilesawaran mampu menjadi pemain import yang terbaik di Korea ini.

Beliau kagum dengan peningkatan yang ditampilkan oleh Kogi dalam usaha untuk segera mengadaptasi dengan corak permainan di Liga ini.

“Kogi berjaya menurunkan berat badan dengan sendirinya untuk menjadi kompetitif, dan usahanya untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Korea sangat menonjol, dan saya memberikannya peluang untuk bermain.

Advertisements

“Jika dia mempunyai stamina dan kemahiran pengurusan permainan yang lebih sedikit, saya menjangkakan dapat menunjukkan prestasi yang baik pada masa hadapan,” kata jurulatih itu dipetik daripada Best Eleven.

Kogilesawaran Raj mempamerkan aksi cemerlang dalam debut pertamanya dalam saingan Korean FA Cup. Itu adalah salah satu impak positif buat dirinya untuk terus cemerlang di masa hadapan.

Selepas ini, Chungbuk bakal menentang Gangwon dalam pusingan ketiga dan dijangka beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram