Jurulatih Copenhagen Malukan Man United Secara Terbuka
Eropah
Centre Goals
Advertisements

Menjelang aksi EPL Man United menentang Luton Town malam ini, mereka diingatkan betapa teruknya musim mereka setakat ini.

Jurulatih FC Copenhagen, Jacob Neestrup menyifatkan kemenangan 4-3 mereka ke atas United baru-baru ini sebagai perlawanan paling lemah yang perlu diharungi dalam Kumpulan A UCL.

Jika tidak kerana nasib, mereka mungkin saja memiliki lebih banyak mata berbanding empat mata yang diraih dalam kumpulan setakat ini.

Advertisements

“Saya sangat gembira, saya tak tahu apa nak cakap. Ini berkemungkinan pasukan paling lemah dalam empat perlawanan kami di peringkat kumpulan tetapi kami berada di sini dengan tiga mata.

“Jika ada perkara seperti nasib baik dalam bola sepak. Kami mendapatnya hari ini tetapi kami juga harus mengejarnya.

Advertisements

“Dan dengan melihat semua empat perlawanan ini, saya tak fikir anda akan membantah fakta bahawa kami sekarang memiliki empat mata,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan Copenhagen-Man United seperti dipetik media rasmi Copenhagen.

Kenyataan sebegini turut disokong dengan statistik musim ini. Mengikut statistik Transfermarkt, The Red Devils sudah tewas sembilan kali dalam semua kejohanan.

Advertisements

Dengan lima kekalahan dalam EPL musim ini, prestasi merudum ini perlu diatasi segera oleh Erik ten Hag dan barisan pemain United sekiranya mahu mendapatkan kedudukan empat teratas liga pada akhir musim.

Justeru, perlawanan dengan The Hatters malam ini dilihat peluang terbaik buat The Red Devils untuk bangkit dan meraih kemenangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram