UCL: FC Copenhagen Tundukkan Man Utd
UEFA Champions League
Manchester United
Advertisements

Man Utd berdepan kemungkinan tersingkir awal dari UCL selepas tewas 4-3 kepada FC Copenhagen di Copenhagen hari ini.

Barisan pemain The Red Devils tahu hanya kemenangan saja yang dapat menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik sebagai naib juara Kumpulan A.

Sementara The Lions pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memintas kelab gergasi Turki, Galatasaray.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan United pada awalnya selesa mendahului tuan rumah. Pelawat membuka tirai jaringan menerusi penyerang Denmark, Rasmus Hojlund pada minit ketiga.

https://twitter.com/makanbolaplus/status/1722371124376514691

Bekas penyerang Atalanta itu menyumbat gol kelimanya musim ini dengan menyumbat gol pada minit ke-28.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Marcus Rashford menerjah Elias Jelert pada minit ke-42. VAR mendapati wujud elemen kekasaran melampau dalam terjahan yang dibuat penyerang England itu.

Advertisements

Selepas merujuk dengan VAR dan melihat insiden di monitor, pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Rashford.

Ini membuka ruang kepada The Lions bangkit. Mohamed Elyounoussi menyumbat gol pertama tuan rumah pada minit ke-45.

Lebih banyak drama menyusul apabila penalti dianugerahkan kepada Copenhagen. Ini selepas pengadil mengesan bola terkena tangan bek tengah United, Harry Maguire.

Advertisements

Diego Goncalves tenang menyempurnakan penalti menewaskan Andre Onana pada minit ke-49. Keputusan 2-2 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Red Devils berusaha memburu kemenangan biarpun beraksi dengan 10 pemain.

Tuah menyebelahi mereka apabila tangan Lukas Lerager terkena bola rembatan kapten Bruno Fernandes. Selepas insiden itu diperiksa oleh VAR, sepakan penalti diberi kepada United.

Advertisements

Fernandes tenang menewaskan penjaga gol The Lions, Kamil Grabara bagi meletakkan United kembali di hadapan pada minit ke-69.

Bagaimanapun, Lerager menebus semula kesilapannya dengan menyumbat gol penyamaan pada minit ke-83.

Penyerang berusia 17 tahun, Roony Bardghji mencipta sensasi dengan menyumbat gol kemenangan pada minit ke-87. Keputusan 4-3 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Copenhagen kembali menduduki tangga kedua Kumpulan A dengan empat mata. Biarpun berkongsi mata sama dengan Galatasaray, The Lions mendahului dari segi kelebihan jaringan.

Sementara United pula berada di tangga tercorot kumpulan. Kekalahan ini bakal menambah tekanan kepada pengurus mereka, Erik ten Hag.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram