Jurulatih DPMM Label Selangor Pasukan Hebat Di Asean
Asia Tenggara
Selangor FC
Advertisements

Barisan kejurulatihan pasukan Brunei, DPMM FC memberikan tabik hormat kepada Selangor menjelang pertemuan kurang 24 jam lagi.

Aksi Selangor Asia Challenge 2024 ini menyaksikan 4 pasukan mengambil bahagian iaitu The Red Giants, DPMM FC, Balestier Khalsa dan juga Young Elephants FC.

DPMM FC yang baru sahaja tiba di Malaysia hari ini sudah pun memiliki perancangan tersendiri sebelum menghadapi cabaran finalis Piala Malaysia 2022 ini.

Advertisements

Menurut kenyataan oleh ketua jurulatih, Rui Capela Batista, aksi Kusel Asia Challenge ini penting buat pasukannya sebagai persediaan menjelang sepak mula musim baharu.

“Pertandingan ini amat penting buat pasukan kami. Kami juga akan berdepan pasukan terbaik di Asean. Ada tiga minggu sebelum saingan Singapore Premier League (SPL) .

Pasukan itu juga teruja dengan format pertandingan yang diperkenalkan dengan setiap kemenangan bakal memberikan tiga mata dan setiap satu jaringan bakal memberikan tambahan satu mata.

Advertisements

“Penting untuk pemain dan penyokong mengenai peraturan ini dan bakal memberikan pengalaman baharu kepada penyokong.

“Peminat juga pasti mahu menyaksikan pasukan beraksi dengan lebih menyerang untuk mendapatkan jaringan,” jelasnya ketika ditemui di Acapella Suite Hotel, Shah Alam.

Aksi pertama Selangor dan DPMM Brunei FC akan berlangsung pada jam 9 malam pada 26 April di Stadium MBPJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram