Selangor Lepaskan 3 Pemain Ke Seteru Liga Super
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC membuat keputusan untuk melepaskan tiga bintang ke seteru Liga Super.

The Red Giants sebelum ini terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke Thailand bersama Police Tero.

Perpindahan itu menyaksikan pasukan Lembah Klang itu membuat keputusan untuk melantik Nidzam Jamil sebagai pengendali baharu.

Advertisements

Keadaan bertambah mencabar selepas beberapa pemain utama pasukan dilepaskan bagi musim 202/25 apabila menyertai pasukan pencabar kejuaraan.

Antara watak penting yang berhijrah pada musim ini ialah kapten pasukan, Brendan Gan apabila membuat keputusan untuk menyertai pasukan setempat, KL City.

Pemain berusia 36 tahun itu difahamkan tidak disambung kontrak sekaligus membuka haluan baharu dalam kariernya.

Advertisements

Pemain kedua yang memilih untuk berhijrah ialah penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel yang kini menjadi milik Penang FC.

Pemain berusia 22 tahun itu sekali lagi meninggalkan Selangor secara pinjaman selepas menyertai Negeri Sembilan pada musim lalu dan beraksi hampir kesemya perlawanan bersama skuad Jang.

Tamparan hebat buat Selangor apabila turut kehilangan peledak berbisa pasukan, Ayron Del Valle yang kembali beraksi di Bolivia bersama Always Ready.

Advertisements

Pemenang kasut emas Liga Super 2023 itu memilih untuk membawa haluan baharu selepas semusim di Malaysia.

Antara watak lain yang turut meninggalkan Selangor untuk pasukan Liga Super lain ialah Azrin Afiq (Negeri Sembilan), Rodney Kelvin (Kuching City), Htet Aung dan Syahmi Adib juga ke Negeri Sembilan.

Persiapan Selangor kini terarah kepada aksi Piala Sumbangsih 2024 apabila dijadualkan bertemu JDT pada 10 Mei di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram