Advertisements
Jurulatih Hebat Eropah Bakal Ke Liga Super?
Transfer
MakanBola
Sabah FC

Jurulatih hebat dari Eropah dikaitkan menyertai salah sebuah pasukan di Liga Super.

Aksi Liga Super kini memasuki minggu ke-15 dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah memimpin saingan.

Nasib mencabar terjadi kepada tiga buah pasukan di Liga Super apabila mengumumkan perpisahan dengan jurulatih masing-masing.

Terengganu secara rasminya berpisah dengan pengendali Croatia, Tomislav Steinbruckner setelah beraksi kurang baik di Asean Shopee Cup.

Penang pula mengharungi detik sukar susulan prestasi turun naik sejak beberapa perlawanan dan menyaksikan Ketua Jurulatih, Akmal Rizal kehilangan jawatannya.

Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil menjadi pengendali ketiga mengumumkan perpisahan sekaligus menyaksikan beberapa kelab dalam misi mencari jurulatih baharu.

Khabar angin bertiup kencang dikukuhkan dengan laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa terdapat calon jurulatih luar dari Eropah atau Asia bakal ke Liga Super.

Setakat ini, identiti kelab yang mencari jurulatih baharu masih belum didedahkan dengan ketiga-tiga pasukan digalas oleh pemangku ketua jurulatih buat sementara waktu.

Calon jurulatih tempatan turut dipertimbangkan oleh kelab dalam misi mencari pengganti segera untuk membimbing pasukan.