Jurulatih Ini Beri Cadangan Membina Kepada Lim Teong Kim
Liga Super
Twitter Shazwan Wong / Perak FC
Advertisements

Tiada mana-mana jurulatih di dalam dunia ini mahu menyaksikan pasukan kendaliannya mengalami kekalahan. Namun apa jua keputusan, seharusnya perlu diterima kerana adat perlawanan ada menang dan ada yang kalah.

Begitu yang terjadi kepada pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim yang dilihat agak kurang selesa ketika ditemuramah sejurus tamat perlawanan di antara Perak dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya sudah kata bukan bahawa JDT pasukan yang kuat. “Kekurangan? Kamu lihat perlawanan bukan? Kamu fikir sendirilah apa kekurangan kami, bukan kamu tak lihat perlawanan. Siapa yang lihat, dia tahulah,” ujar Teong Kim ketika ditemuramah.

Advertisements

Akibat daripada jawapan yang diberikan Teong Kim itu, beliau dihentam dengan agak dahsyat oleh peminat bola sepak Malaysia. Namun bagi jurulatih akar umbi, Shazwan Wong, beliau mempunyai cadangan kepada Teong Kim tentang jawapan yang lebih elok ketika ditemuramah.

“Pemain kami masih muda, banyak lagi yg perlu dipelajari utk mencapai level yg diperlukan. Perlawanan ini kami banyak kekurangan dan pastinya kami akan baiki di perlawanan akan dtg. Saya percaya pemain saya akan bangkit,” cadang Shazwan Wong kepada Teong Kim.

Advertisements

Diharapkan ianya akan menjadi pengajaran berguna kepada mana-mana jurulatih untuk menyediakan jawapan yang lebih baik selepas ini. Perak yang kini menghuni tangga ke-10 Liga Super akan meneruskan kempen liga musim ini dengan bakal menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada 10 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram