Advertisement
Jurulatih Juara Piala Dunia Dikaitkan Bakal Hadir Ke JDT
Dunia
MakanBola
Maddie Meyer/FIFA / Getty Images

Menerusi satu ciapan penganalisis bebas bola sepak, Juan Budiman, terdapat satu khabar angin dari bumi Argentina bahawa Esteban Solari bakal bawa masuk seorang jurulatih berstatus juara Piala Dunia ke JDT.

“Khabar berita dari Argentina beritahu Esteban Solari akan bawa masuk seorang jurulatih berstatus juara Piala Dunia ke bumi Johor.” – Juan Budiman (Juan Bapakaw).

Esteban Solari yang sebelum ini diumumkan bakal mengendalikan Johor Darul Ta’zim menjelang musim baharu 2023 dijangka tiba ke Johor akhir bulan ini dijangka akan turut membawa masuk beberapa pembantu dari Argentina.

Buat masa ini belum dapat dikenal pasti nama individu tersebut namun terdapat beberapa nama disebut dalam maklum balas ciapan Juan Budiman oleh pengikutnya seperti Pablo Aimar dan Juan Sebastián Verón.