Esteban Solari Ganti Héctor Bidoglio Sebagai Ketua Jurulatih JDT
Dunia
Mexsport
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa JDT akan membawa masuk jurulatih haharu pada musim 2023.

Menerusi satu kenyataan hari ini, baginda memaklumkan bahawa antara salah satu perubahan yang dilakukan oleh pasukan adalah dengan memantapkan barisan kejurulatihan.

Katanya, jurulatih baharu ini akan dibawa bagi menggantikan peranan Hector Bidoglio yang kini cemerlang mengemudi pasukan Harimau Selatan.

Advertisements

Individu yang dimaksudkan ini ialah Estaban Solari yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Argentina dan kini melatih pasukan Argentina bawah 23 tahun.

TMJ memaklumkan bahawa langkah ini bakal menyaksikan Hector Bidoglio akan memainkan peranan selaku pengarah teknikal bola sepak JDT pada tahun hadapan.

Perubahan ini juga disebabkan pasukan mahu memantapkan lagi pembangunan bola sepak JDT untuk terus memberi saingan terbaik di pentas bola sepak Asia.

Advertisements

Kontrak Esteban Solari bersama skuad Argentina B-23 tahun dijangka tamat 30 Disember ini dan beliau memiliki 2 kerakyatan iaitu Argentina dan Itali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram