Jurulatih Kawasaki Frontale Tak Sangka Ada Pasukan Malaysia Kuat Macam JDT
Dunia
the-afc
Advertisements

Jurulatih pasukan Kawasaki Frontale, Koru Oniki sungguh tidak menyangka bahawa ada pasukan yang berpangkalan di Malaysia mempunyai kekuatan seperti ini.

Hal ini rentetan daripada keputusan seri 0-0 yang diperoleh ketika menentang Harimau Selatan dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kelmarin.

Persembahan luar biasa JDT di pentas tertinggi Asia itu bukan sahaja meruntuhkan ego Kawasaki selaku pasukan no.1 di Asia, tetapi telah membuatkan pasukan dari Jepun itu tidak dapat melakukan sebarang cubaan tepat pada perlawanan tersebut.

Advertisements

‘Saya tidak menyangka bahawa wakil tunggal dari Malaysia mempunyai kualiti dan mampu bersaing dengan pasukan kami, selain bermain dengan cukup teratur walaupun diasak berkali-kali.’

Oniki turut mengakui setiap pemain JDT mengikut perancangan dengan baik sekaligus membuatkan pasukannya mati kutu untuk menembusi gawang yang dikawal rapi oleh Farizal Marlias.

‘Setiap pemain mereka memberikan aksi terbaik dan kental, memberi kesukaran kepada kami.’

Advertisements

Untuk itu, kami perlu meningkatkan rentak permainan mengikut acuan taktikal dan cara kami, harapnya ia membantu kami beraksi dengan lebih baik,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan pasukan kendalian benjamin Mora kini mendahului carta kumpulan dengan 7 mata selepas mencatat dua kemenangan dan satu seri.

Namun begitu, pasukan gergasi Jepun itu sudah pasti mahu menebus semula kehampaan selepas gagal meraih 3 mata penuh tempoh hari.

Advertisements

Perlawanan antara JDT dan Kawasaki Frontale bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim pada pukul 10 malam hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram