Jurulatih Korea Selatan Sah Kendali Skuad Kelantan

jurulatih korea kelantan teaser Jurulatih Korea Selatan Sah Kendali Skuad Kelantan
TRW Kelantan
Syafiq Freman @syafiqfreman
12:46am 12/01/2023

Selepas berteka-teki berkenaan Ketua Jurulatih Baru Kelantan FC, Kelantan akhirnya mengesahkan bakal mengguna pakai jurulatih dari Korea Selatan.

Menerusi satu kemas kini di media sosial TRW Kelantan FC, mereka mengumumkan bakal membawa masuk ketua jurulatih dan jurulatih kecergasan dari Korea Selatan untuk mengharungi musim Liga Super 2023.

Dengan menggunakan bahasa Korea, Kelantan mengucapkan selamat datang kepada ketua jurulatih dan jurulatih kecergasan baru yang berasal dari Korea Selatan.

Hwanyeong Hamnida to Kota Bharu! New Headcoach and New Fitness Coach,” tulis laman Facebook TRW Kelantan FC.

Walaubagaimanapun, identiti pengendali dari Korea tersebut masih belum diumumkan.